Penyakit “kencing tikus” atau nama
sebenarnya adalah penyakit Leptospirosis
adalah suatu penyakit infeksi akut yang
disebabkan suatu jasad renik tertentu yang
dinamakan Leptospira. Leptospirosis dapat
menyerang manusia atau haiwan dan digolongkan
sebagai penyakit zoonosis, ertinya menular dari haiwan
ke manusia, dan penularan ini sering terjadi secara
kebetulan.
Penyakit Leptospirosis ini masih menjadi permasalahan
kesihatan masyarakat terutama di negara tropis dan subtropis
di negara berkembang. Hal ini akibat antara lain
curahan hujan yang tinggi, kesihatan lingkungan yang
kurang baik, terutama berkait dengan masalah sampah.
Peratus penyakit leptospirosis di Indonesia cukup tinggi
dan angka kematian kerana penyakit ini cukup besar.
Indonesia menepati peringkat ketiga di dunia.
Kuman Penyebab
Penyebab penyakit Leptospirosis adalah spesies
Leptospira Interrogans yang mampu menyebabkan
penyakit (patogen) pada manusia. Ada pula spesies lain
yang tidak patogen, iaitu Leptospira Biflexa. Leptospira berbentuk spiral dengan ukuran 0,1 mm x 6 - 20 mm, selalu
bergerak, dapat hidup di air tawar selama kurang lebih 1 bulan,
biasanya cepat mati di air masin. Setiap spesies leptospira
terbahagi menjadi puluhan serogrup dan terbahagi lagi menjadi
puluhan, bahkan ratusan serovar.
Saat ini, Leptospira interrogans yang bersifat patogen telah
dikenal lebih dari 200 serovar. Jasad renik ini biasanya hidup di
dalam ginjal haiwan pejamu (inang) dan dikeluarkan melalui air
kencing (urin) saat berkemih. Haiwan pejamu tersebut antara lain
tikus, babi, kambing, domba, kuda, anjing, kucing, kelelawar, tupai
dan landak. Tikus sering menjadi pejamu bagi pelbagai serovar
leptospira.
cARA PENULARAN
Penularan dari haiwan ke manusia dapat terjadi secara
langsung ataupun tidak langsung, sedangkan penularan dari
manusia ke manusia sangat jarang. Penularan langsung biasanya terjadi dari haiwan yang mengandungi penyakit leptospira kepada mereka
yang pekerjaannya merawat, memotong haiwan seperti penternak, doktor
haiwan, peneliti yang memakai binatang percubaan, pekerja di rumah
potong haiwan dan umumnya terjadi secara kebetulan. Penularan tidak
langsung (pada manusia) terjadi melalui air atau tanah yang tercemar
urin haiwan yang mengandungi leptospira.
Sering terjadi pada saat banjir, di selokan atau sungai, di danau yang
tercemar serta mereka yang bekerja sebagai pembersih selokan, sungai,
pekerja perkebunan tebu, dan daerah rawa. Kuman tersebut masuk ke
dalam tubuh manusia melalui kulit yang terluka atau melalui selaput lendir
mata, selaput lendir di mulut, saluran pernafasan.
itu jew aku tau serba sedikit
ReplyDelete